Thursday, July 30, 2009



Khamis, 30 Julai 2009 7 Syaaban 1430

Ibu bapa dinasihat bawa anak pulang

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Naib Canselor dan Rektor Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) semalam meminta ibu bapa yang anak mereka belajar di IPT yang mempunyai kes atau disyaki ada kes jangkitan selesema babi atau Influenza A (H1N1), membawa pulang anak mereka. Keputusan itu dicapai pada persidangan Jawatankuasa Naib Canselor dan Rektor IPTA, yang diadakan di Universiti Malaysia Kelantan, semalam. Pengerusinya, Tan Sri Prof Dzulkifli Abdul Razak, berkata bagi pelajar dari Sabah dan Sarawak, mereka akan dibantu pengurusan IPTA masing-masing.
"Perkara ini mendapat perhatian semua Naib Canselor dan Rektor pada mesyuarat itu kerana sudah ada beberapa kampus universiti yang berdepan masalah ini," katanya dalam kenyataan, semalam. Sementara itu, lapan IPT, sebuah kampus pengajian, dua Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan lima sekolah ditutup semalam dan kelmarin selepas beberapa pelajar dikesan dijangkiti H1N1. IPT terbabit adalah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak; Kolej Yayasan Profesional Mara (KYM) Pahang di Kuantan dan enam di Johor, Institut Kemahiran Mara (IKM) Larkin (Johor Bahru); Institut Latihan Perindustrian (ILP) Mersing (Mersing); ILP Ledang (Muar); ILP Pasir Gudang (Johor Bahru), Kolej Radiography (Johor Bahru) serta Politeknik Johor Bahru di Pasir Gudang.
Kampus pengajian yang ditutup adalah kampus kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) di Nibong Tebal, Pulau Pinang manakala PLKN terbabit adalah kem Sekakap, Mersing, Johor dan kem Rachado Bay, Port Dickson, Negeri Sembilan. Sekolah yang ditutup, Sekolah Menengah Kebangsaan Jit Sin (A) di Bukit Mertajam, Pulau Pinang; Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Batang Padang, Bidor, Perak; Sekolah Menengah Sains Dungun, Terengganu, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Johor Bahru di Taman Johor Jaya, Johor dan Sekolah Kebangsaan Serendah, Hulu Selangor, Selangor.
Selain itu, beberapa sekolah, institusi pendidikan, latihan dan PLKN dikuarantin berikutan penularan wabak itu. Sekolah terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Putera dan SK Petaseh di Jelebu; Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Gemas; Sekolah Menengah Teknik Seremban dan Politeknik Port Dickson, di Negeri Sembilan manakala PLKN terbabit, di Port Dickson dan Kuala Pilah serta Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Rembau, Negeri Sembilan.
Sebuah lagi kolej pengajian yang dikuarantin adalah Kolej Tun Syed Nasir, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kuala Lumpur.

Monday, July 20, 2009

Hari sabtu lepas (18 Julai 2009) saya naik lagi atas bukit yang membawa seribu rahmat pada kami…disini…syukur Alhamdulillah terdapat rekahan tersebut telah ditampal semula dengan kanvas yang sama seperti dulu untuk menutup dari air masuk ke rekahan tersebut …terima kasih pihak-pihak yang berkaitan.

Pendekatan jangka pendek telah diambil selepas 7 bulan berlalu dari tempoh bermulanya episod pergerakan tanah cerun ini …agak-agaknya bilalah nak dimulakan kerja-kerja seterusnya…ini adalah persoalan yang selalu saya tepiskan dengan cara berhemah demi kepentingan bersama…renung-renungkan lah dan tempatkan anda ditempat kami walau satu malam cuma…dan rasakan keresahannya..amin

berita terkini di 910





keadaan rumah yang retak..akibat dari pergerakan tanah cerun



tiang rumah yang kian retak..menunggu rebah

keadaan longkang yang semakin sempit dan air yang bertakung



rekahan telah ditutup sementara dengan kanvas



Mohd Kamal berada diantara rekahan yang berlaku di atas cerun bukit



YB Ean Yong Hian Wah ADUN SERI KEMBANGAN, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram sedang mendengar taklimat dari saudara Mohd Kamal, J/K Bertindak Unit Kecil Jalan 9 & 10 Desa melor

ENAM BULAN BAIK PULIH CERUN
Sinar Harian 13 April 2009
SERENDAH – Penduduk Desa Melur di sini yang terlibat dengan ancaman tanah runtuh kini mampu menarik nafas lega apabila Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) bersedia untuk melaksanakan kerja-kerja menstabilkan cerun.
Ketua Unit Geologi Ikram, Mohd Fadlee Baba berkata, tindakan segera akan diambil untuk menstabilkan cerun setinggi 180 meter di situ namun ia bergantung kepada bila peruntukan yang disediakan dapat disalurkan.
“Setelah pemantauan dan kajian dilakukan akhirnya Ikram berjaya menemukan beberapa kaedah penyelesaian terhadap permasalahan itu.
“Penyelesaian itu mengambil kira faktor jangka masa pendek dan panjang serta kesediaan kerajaan negeri dalam menyalurkan peruntukan mengikut bajet atau kos keseluruhan kerja itu,” katanya ketika memberi taklimat pada majlis penyampaian sumbangan kepada 33 mangsa terlibat di Dewan Komuniti Desa Melur di sini.
Sesi taklimat itu turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Daerah Hulu Selangor yang juga Pegawai Daerah, Nor Hisham Dahlan, Yang Dipertua Majlis daerah Hulu Selangor (MDHS)dan Tukiman Nail.
Fadlee berkata, daripada 11 pemantauan dilakukan hanya sedikit sahaja pergerakan tanah dapat dikesan, tetapi menurutnya jika hujan berkemungkinan pergerakan berlaku lebih tinggi.
“Justeru, kami mengemukakan satu kaedah jangka pendek iaitu dengan membaik pulih sistem perparitan, menutup cerun yang di klasifikasi sebagai ‘tension crack’ dengan segera serta melaksanakan penyelenggaraan berskala.
“Kedua ialah untuk jangka masa panjang dengan menanam tembok sedalam enam meter dari cerun terbabit.
“Bagaimanapun, kami tak boleh memberi jaminan kaedah penyelenggaraan tersebut bertahan sampai bila tetapi ia adalah untuk jangka masa panjang dan bergantung kepada keadaan cuaca,” katanya.
Menurut beliau, sebaik peruntukan dapat disalurkan pihaknya akan melaksanakan kerja pembaikpulihan itu dalam tempoh enam bulan dan Ikram akan berada di kawasan tersebut sepanjang masa semasa proses baik pulih berkenaan.
Sementara itu katanya, MDHS akan melaksanakan penyelenggaraan kawasan berkenaan setiap bulan sepanjang kerja dilakukan.
Fadlee berkata, hasil kajiannya juga mendapati taman perumahan di kawasan itu merupakan kawasan lembah dan dikelilingi bukit bukau.
Menurutnya, pemaju terdahulu menggunakan konsep memotong dan menambak bukit seperti kebiasaan pemaju lainnya lakukan.
Namun katanya, cerun di kawasan itu amat luar biasa memandangkan ia dibina setinggi 180 meter dan keadaan itu memerlukan ia diselenggara lebih kerap dan berterusan.
Penduduk diminta bersabar
Oleh ROSLAH OTHMANkota@utusan.com.my utusam Malaysia
16/02/2009
SERENDAH 15 Feb. - Penduduk Desa Melur dekat sini yang terlibat dengan masalah ancaman tanah runtuh dinasihatkan agar bersabar sehingga kerja-kerja kajian dan pemuliharaan cerun di kawasan perumahan itu selesai dilaksanakan.
Pegawai Daerah Hulu Selangor, Nor Hisyam Dahalan berkata, pihaknya amat memahami masalah yang dihadapi mangsa yang terdiri daripada 40 keluarga termasuk peningkatan kos hidup serta masalah pengangkutan anak-anak ke sekolah.
"Kami amat memahami masalah yang terpaksa ditanggung mangsa selepas diarahkan berpindah sejak penghujung Disember tahun lalu.
"Apa yang penting pihak-pihak yang telah dipertanggungjawab akan melakukan kerja-kerja merawat cerun itu sebaik dan secepat yang mungkin," katanya.
Beliau ditemui selepas sesi taklimat bersama penduduk bagi memaklumkan perkembangan mengenai kajian yang dijalankan Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) ke atas cerun bukit itu sejak 23 Januari lalu.
Turut serta dalam sesi tersebut ialah Ketua Unit Geologi Ikram, Mohd. Fadlee Baba dan Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor, Tukiman Nail.
Nor Hisyam berkata, sesi taklimat tersebut dijalankan lebih awal bagi memberi kefahaman penduduk mengenai masalah tersebut tanpa perlu menunggu hasil kajian yang akan dikeluarkan pada 20 Mac depan.
"Jika sebelum ini, pihak Ikram memberi masa enam bulan untuk menyelesaikan kerja-kerja kajian, namun demi kepentingan penduduk, pihak kami telah meminta Ikram agar memendekkan tempoh tersebut kepada tiga bulan," katanya.
Beliau yang juga Pengerusi Bencana Alam Daerah berkata, pihaknya akan memaklumkan kepada penduduk untuk berpindah semula ke rumah masing-masing setelah kerja-kerja pemuliharaan selesai dan rumah mereka dipastikan selamat untuk diduduki.
Pada 23 Disember tahun lalu, penduduk di kawasan itu diarahkan berpindah di penempatan sementara Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Taman Teratai yang terletak kira-kira 10 kilometer dari kawasan perumahan itu.
Tindakan memindahkan penduduk tanpa perlu menunggu siasatan dan kajian dibuat diambil bagi mengelak kejadian tanah runtuh seperti di Hulu Yam berlaku di situ.
"Kami mengambil tindakan memindahkan mangsa lebih awal kerana berpandangan mencegah itu lebih baik daripada mengubati," ujarnya.
Beliau menambah, sejak diarahkan berpindah, mangsa menerima wang sumbangan untuk tempat tinggal dari kerajaan negeri sebanyak RM124 manakala RM500 bagi keluarga yang berpendapatan bawah RM1,500.
Sementara itu, Mohd. Fadlee berkata, hasil kajian yang dijalankan sejak 23 Januari lalu, pihaknya mengenal pasti sebanyak 40 buah rumah di Jalan 10 dan 10B tidak selamat untuk diduduki.
Menurutnya, kajian yang dilakukan itu juga mendapati masih terdapat pergerakan tanah di cerun itu.
Katanya, pihaknya telah mengambil langkah-langkah keselamatan sementara termasuk memasang cerucuk pada cerun dan tanah. Hasil siasatan secara keseluruhan termasuk kos merawat cerun tersebut hanya diketahui pada 20 Mac ini.

Cerun Desa Melur runtuh bila-bila masa


SINAR HARIAN 16 FEB 2009

SERENDAH – “Cerun setinggi 250 meter di Desa Melur dilaporkan berisiko runtuh,” kata Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Daerah Hulu Selangor, Nor Hisham Dahlan. Menurut beliau, hasil lapo-ran yang dikemukakan Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) mendapati kawasan itu sudah tidak selamat didiami. “Berdasarkan laporan Ikram, cerun tersebut akan runtuh pada bila-bila masa bergantung kepada tahap ketahanannya. “Sehingga kini, Ikram hanya mengemukakan laporan mengenai status kesahihannya dan perlu menunggu sehingga 20 Mac depan untuk kerja merawat,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan dialog bersama penduduk kawasan itu di Dewan Komuniti Desa Melor, di sini. Turut hadir 33 mangsa yang dipindahkan ke Projek Perumahan Rakyat (PPR), Pangsapuri Sri Kiambang, Taman Tasik Teratai. Hadir sama, Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), Tukiman Nail dan Pengerusi Jawatankuasa Ke-majuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Hasnor Putih. Nor Hisham berkata, pihaknya akan membawa laporan berkenaan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini untuk tindakan lanjut. Beliau berkata, beriku-tan laporan itu kerajaan negeri akan meneruskan segala bentuk bantuan yang telah diberikan sebelum ini kepada mangsa terjejas.


UTUSAN MALAYSIA 15/04/2009
RM2.5 juta baik pulih cerun
oleh SITI AIRUNNISA ALAUIkota@utusan.com.my

MOHD. Fadlee Baba (kiri) memberi penjelasan mengenai kerja-kerja membaiki cerun pada majlis taklimat dan penyampaian sumbangan kepada penduduk Taman Desa Melor, Serendah, baru-baru ini sambil diperhatikan oleh Nor Hisham Ahmad Dahlan (kanan, duduk di tengah) dan Tukiman Nail (duduk di kiri).

SERENDAH 14 April – Kerisauan penduduk Taman Desa Melor di sini terhadap kejadian pergerakan tanah di cerun kawasan perumahan berkenaan akhirnya mendapat perhatian kerajaan negeri.
Pegawai Daerah Hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM2.5 juta untuk membaik pulih dan menyenggara cerun itu bagi mengelakkan kejadian itu berulang.
Menurutnya, kerja-kerja baik pulih cerun tersebut dijangka mengambil masa selama enam bulan untuk disiapkan.
Katanya, pihaknya, Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) dan Ikram Sdn. Bhd (Ikram) masih menunggu peruntukan kerajaan negeri itu bagi membolehkan kerja-kerja baik pulih dimulakan.
Jelasnya, daripada 40 mangsa yang terlibat dalam kejadian cerun mendap tersebut tahun lalu, hanya 14 keluarga masih tidak dibenarkan berpindah semula ke rumah masing-masing.
“Kesemua 14 keluarga tersebut masih ditempatkan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Teratai dekat sini manakala selebihnya telah dibenarkan pulang ke rumah mereka bulan lalu.
“Mereka tidak dibenarkan pulang kerana siasatan mendapati cerun di hadapan rumah mereka masih tidak selamat termasuk terdapat sedikit pergerakan tanah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa mendapan cerun di Dewan Desa Melor, Serendah di sini baru-baru ini.
Turut hadir, Yang Dipertua MDHS, Tukiman Nail.
Nor Hisham menambah, kerajaan negeri akan memberi bantuan kewangan kepada 14 mangsa yang masih tidak dibenarkan pulang itu.
Ujarnya, mereka telah ditawarkan untuk tinggal sementara di PPR yang disediakan namun kebanyakannya memilih untuk menyewa di kediaman berdekatan rumah lama mereka.
“Kesemua 14 mangsa berkenaan akan menerima bantuan sebanyak RM124 sebulan untuk sewa rumah dan mana-mana mangsa yang berpendapatan kurang daripada RM1,500 akan menerima RM500 untuk mengurangkan beban mereka.
“Selain itu, Lembaga Perumahan Selangor akan membaik pulih dan menaik taraf kediaman mangsa yang menetap di PPR bagi memberikan mereka keselesaan,” jelasnya.
Katanya, pihak pejabat tanah bersama Ikram dan MDHS akan sentiasa memantau keadaan di kawasan tersebut dari semasa ke semasa dan akan memaklumkan perkembangan kepada penduduk.
Dalam pada itu, Tukiman Nail berkata, pihaknya menyediakan khidmat pengangkutan bagi penghuni yang telah dibenarkan masuk ke kediaman mereka bermula Rabu lalu.
“Penghuni tersebut perlu memaklumkan kepada wakil persatuan penduduk bila mereka mahu berpindah dan pihak MDHS akan menyediakan lori untuk membawa barang-barang mereka,” ujarnya.
Sementara itu, mangsa yang ditemui melahirkan rasa lega apabila masalah mendapan cerun tersebut akan selesai tidak lama lagi.
Seorang penduduk yang telah berpindah kembali ke kediamannya, Roslan Tahir, 48, melahirkan rasa syukur dapat pulang kembali ke kediamannya.
“Memang apabila diarahkan berpindah, saya berasa sangat sedih memandangkan saya baru memiliki rumah sendiri tetapi keselamatan diri dan keluarga harus diutamakan.
“Jadi, apabila dapat kembali semula, saya sangat gembira dan berpuas hati dengan penjelasan Ikram dan MDHS berhubung proses membaik pulih cerun berkenaan,” jelasnya.
Naheezal Badri Razali, 34, yang masih belum dibenarkan pulang ke kediamannya pula sangat berharap pihak berwajib dapat menyegerakan kerja membaik pulih cerun tersebut.
Ini kerana, jelasnya, dia menghadapi bebanan kewangan yang agak berat apabila terpaksa membayar sewa rumah dan pinjaman bank.
“Sebelum ini, saya hanya membayar kos beli rumah, namun kini terpaksa pula tanggung kos sewa rumah kerana rumah sementara yang disediakan sangat tidak selesa.
“Jadi saya harap kerajaan negeri dapat mempertimbangkan bantuan kewangan tambahan bagi meringankan beban kami,” katanya.
Cadangan Naheezal itu mendapat sokongan Rafidah Abdul Rahim, 31, yang terpaksa tinggal di PPR Teratai walaupun kurang selesa dan lokasinya yang jauh kerana tidak sanggup menanggung sewa rumah yang lain.
“Memandangkan saya mempunyai seorang anak dari golongan orang kurang upaya (OKU), rumah sementara yang bertingkat menyukarkan pergerakan dia dan saya.
“Tambahan pula, penempatan sementara tersebut agak jauh dari sekolah dan menyebabkan suami saya terpaksa meminjam kereta saudara-mara untuk menghantar anak-anak ke sekolah.
“Saya amat berharap, masalah cerun tersebut dapat diselesaikan dengan segera agar kami dapat berpindah semula ke rumah lama,” jelasnya.
Sementara itu, wakil Ikram, Mohd. Fadlee Baba memberitahu, aliran air bawah tanah yang terlalu hampir dengan permukaan tanah menyebabkan cerun tersebut mudah lembap selain kawasan tersebut yang sememangnya berada di kawasan lembah.
Jelasnya, cerun di kawasan itu juga dianggap berada dalam keadaan luar biasa apabila dipotong sehingga setinggi 180 meter.
“Disebabkan itu, cerun tersebut perlu disenggara dengan lebih kerap, jika tidak risiko untuk runtuh adalah tinggi.
“Setakat ini, pihak kami telah memantau sebanyak 11 kali dan mendapati hanya sedikit sahaja pergerakan tanah yang berlaku,” jelasnya.
Bagaimanapun, katanya, tindakan untuk menstabilkan cerun itu perlu diambil segera.
“Bagi jangka masa pendek, Ikram akan membaik pulih sistem perparitan di sepanjang cerun tersebut dan menutup rekahan-rekahan serta membuat penyenggaraan secara berskala.
“Bagi proses jangka panjang, konkrit akan ditanam ke dalam cerun tersebut sedalam enam meter untuk mengekalkan struktur cerun berkenaan,” jelasnya.
Namun, katanya, Ikram tidak boleh menjamin ketahanan cerun berkenaan.
“Ikram akan memantau keadaan di cerun tersebut ketika proses baik pulih dilakukan dan MDHS akan menyenggara cerun itu setiap bulan,” ujarnya.

Tuesday, December 30, 2008
Another Landslide Threat in Malaysia. How to Prevent It?
December seems to be a bad month for Malaysia. Only a few weeks ago, Kuala Lumpur suffered from a landslide that killed 4 people and displaced thousands. Now, there is another landslide threat that about 20 residents of Taman Desa Melor in Serendah, Selangor, have to face every day, according to the Star OnLine. Counting only on themselves, the residents "have formed a vigilant team to monitor the soil movement situation at night. Armed with digital camera, laptops, torch lights and lots of hot coffee, they take turns patrolling the area through the night." Figure 1. A crack caused by soil movement on the slope in Taman Desa Melor. From the Star OnLine.


The local authorities try to keep the situation under control. They have started investigation of the soil conditions, and asked the residents to relocate. However, as the results of the investigation are still unknown, about 100 families who are still staying in the affected neighbourhood are left in the dark regarding their future. There seems to be a lot of tension as the people are worried about their lives. “It would help if the authorities could provide any machine or meter that could detect soil movement and also flood lights to brighten the slope area. This will help to alert us earlier if there is any soil movement,” Mohd Kamal Hashim said on behalf of the residents.Figure 2. Bad signs: Drains in the area have cracked and become narrow due to soil movement.
At this moment, the situation remains dangerous, requiring immediate measures. According to Kamal, representatives of Public Works Department (PWD) and Ikram Sdn Bhd, "soil movements were detected sometime ago (on Dec 22?) when the walls of the drains in their area started to crack, then break, causing the drains to be clogged and reduced in size." Figure 3. Covered up: The landslide area that was detected on the slope in Taman Desa Melor.
Kamal said "they had placed a canvas in the affected area on the 65 degree slope to curb further erosion." Also, all the residents were alarmed as the cracks started to appear. Is this enough? It is not clear from the article what measures the local authorities are going to take next. To my opinion, a heavy rainfall can trigger the landslide, as the drainage system seems to be out of order, and the movements already started. Definitely, an appropriate monitoring system is needed right now. Then, on the basis of the field investigation, which I suppose will be known very soon, it should be decided how to stabilize the slope. There are several possible scenarios: 1) New drainage system, monitoring and anchoring. It is the most effective but costly. 2) New drainage system, monitoring, and reshaping of the slope. 3) If the results indicate that the slope is unstable and the aforementioned measures can not work, a scenario when the slope is completely removed should be considered.

Wednesday December 31, 2008
Landslide threat at Serendah
By SALINA KHALID the Star
ABOUT 20 residents of Taman Desa Melor in Serendah, Selangor, whose neighbourhood faces the threat of landslide, have formed a vigilant team to monitor the soil movement situation at night.
Armed with digital camera, laptops, torchlights and lots of hot coffee, they take turns patrolling the area through the night.
“It would help if the authorities could provide any machine or meter that could detect soil movement and also flood lights to brighten the slope area. This will help to alert us earlier if there is any soil movement,” Mohd Kamal Hashim said on behalf of the residents.
Police have also set up a post to monitor the movement of people in the neighbourhood to prevent lootings and break-ins. Visitors are required to register themselves and give details like IC numbers and car registrations.
Covered up: The landslide area that was detected on the slope in Taman Desa Melor.
The affected area has been cordoned off and the public have no access to both Jalan Melor 10 and 10B.
About 100 families who are still staying in the affected neighbourhood want the authorities to speed up their investigation into the land condition.
The residents, who have not been asked to relocate, are left in the dark as the result of the investigation is still unknown.
“We are still waiting for the official report of the investigation and we do not know how long it will take,” Kamal said.

“We hope the authorities will enlighten us on the matter and advise us on what to do,” he said.
On Dec 22, 33 families staying along Jalan Melor 10 and Jalan Melor 10B were told to vacate after soil movements were detected on the slope behind their houses.
They have been offered Projek Perumahan Rakyat (PPR) housing units, situated about 10km from Desa Melor. Some, however, opted to stay with relatives or had temporarily rented houses.
“Being relocated is one thing but many of us are still here and we need to know whether it is really safe to be here or not,” Kamal said.

“We also need to know what measures are being taken to prevent further soil movement and landslide,” he said.
According to Kamal, representatives of Public Works Department (PWD) and Ikram Sdn Bhd have visited the site and will submit a report to the local authorities.
He said they had also placed a canvas in the affected area on the 65 degree slope to curb further erosion.
However, the residents are still worried that the worse is yet to come and have been having sleepless nights since then.
“We have the police to monitor the main access road and prevent anyone from breaking into the vacated houses. But we are also worried about the possibility of landslide,” Kamal said.
“So we have to look after ourselves and alert each other in case it happens,” he said.
Kamal said soil movements were detected sometime ago when the walls of the drains in their area started to crack, then break, causing the drains to be clogged and reduced in size.
He said the residents had also reported the soil movement in their area after some of them could not even open their front gate.
According to Kamal, the residents are also alarmed as cracks have started to appear all over their houses.
“Even the road now has bumps all over the place due to the movement,” he said.
The residents have been staying in the neighbourhood since 2001.

Ahad, 2008 Disember 21
PENDUDUK TAMAN DESA MELOR DIARAH BERPINDAH

HULU SELANGOR: Jawatankuasa Bencana Alam Daerah Hulu Selangor, semalam, mengarahkan 33 keluarga yang menetap di Taman Desa Melor, Serendah, dekat sini berpindah dengan segera berikutan ancaman tanah runtuh. Sejak beberapa hari lalu, beberapa rekahan dikesan di cerun bukit di kawasan terbabit selain mendapan tanah. Pegawai Daerah Hulu Selangor, Nor Hisham Dahlan, berkata jurutera bahagian cerun Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) mengesahkan bahawa tebing setinggi 250 meter berdekatan rumah penduduk di taman itu cenderung untuk runtuh pada bila-bila masa akibat gelungsuran tanah.

"Pagi semalam (kelmarin) saya bertemu Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim memaklumkan perkara ini. Bertindak atas masalah ini, jawatankuasa bencana menasihatkan 33 keluarga di Jalan Melor 10 dan 10B berpindah segera. "Kami menyediakan kemudahan seperti lori untuk mengangkut barang keperluan penduduk yang ditempatkan sementara di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Tasik Teratai, Serendah mulai esok (Sabtu), jam 10 pagi," katanya di sini semalam. Berita Harian difahamkan, ada rekahan sebesar 10 meter pada ketinggian 75 meter dari bawah tebing yang dibina itu dan ia membahayakan penduduk.

Selasa, 2008 Disember 30
KAWASAN CERUN TIDAK STABIL DI TAMAN DESA MELOR, SERENDAH
25 Disember 2008, Penduduk-penduduk Taman Desa Melor, Serendah hidup dalam keresahan akibat dari ketidak stabilan tanah di kawasan perumahan mereka, dimaklumkan terdapat rekahan yang membimbangkan dikawasan tersebut. Hasil dari aduan penduduk setempat YB Mohd Isa bin Abu Kasim Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor Kawasan Batang Kali telah turun padang meninjau kawasan berkenaan secara lebih dekat. Pihak bertanggungjawap atas kawasan ini telah mengesahkan, bahawa kawasan ini tidak selamat diduduki tambahan lagi di musim hujan beberapa hari ini. Seramai 34 keluarga telah dikenalpasti kawasan rumah mereka tidak selamat untuk diduduki. Menurut YB Mohd Isa Abu Kasim ADUN Kawasan ini, beliau akan membawa nama-nama keluarga yang terlibat ini ke pengetahuan pihak persekutuan bagi menyalurkan bantuan.

Petikan adunbatangkali.blogspot