
Wednesday, February 17, 2010
Wednesday, October 28, 2009
terima kasih daun keladi
28 Oktober 2009
4 Zulkaedah 1430
Kepada:
Semua Penduduk
Jalan 9 & 10 Desa Melor, Serendah
Assalamualaikum , Salam Sejahtera & Salam Perpaduan
Terima kasih kami ucapkan kepada semua yang hadir ke majlis Hari Raya Perpaduan yang telah diadakan pada 17hb yang lepas. Kami berasa amat gembira dan berbesar hati menerima kesudian tuan-tuan dan puan-puan serta semua yang hadir memeriahkan lagi majlis tersebut. Dalam suasana penuh kemesraan, dimurnikan lagi dengan semangat perpaduan yang sedia terjalin antara kita dan dikesempatan tersebut bukan sahaja telah berjaya merapatkan lagi hubungan antara mereka yang hadir, malah ianya juga telah menjadi bukti semangat perpaduan yang selama ini diamalkan antara masyarakat berbilang kaum di Malaysia khususnya di kawasan kita ini.
Inilah semangat yang sememangnya menjadi agenda utama diadakan majlis ini dari setiap peringkat masyarakat, tanpa mengira latar belakang kaum mahupun asal usul bangsa, rakyat dalam kejiranan kita. Selain daripada itu, semangat perpaduan antara kaum juga merupakan elemen asas yang paling penting perlu dimiliki oleh setiap individu dalam masyarakat kita. Kepelbagaian keistimewaan yang dimiliki oleh penduduk jalan 9 & 10 inilah sewajarnya dilihat sebagai satu kelebihan yang menjadi sumber kekuatan kepada kejiranan kita. Melalui majlis sebegini, kami berharap semangat perpaduan, toleransi, kerjasama dan bersatu padu yang selama ini menjadi budaya kita dapat terus diamalkan dalam masyarakat kita, selaras dengan saranan gagasan Satu Malaysia.
Sekali lagi kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan sekalung tahniah kepada AJK, Wakil Jalan, Semua Penduduk dan mereka yang telah memberikan sumbangan tenaga, masa dan kewangan dalam menjayakan agenda perpaduan ini. Harapan kami semoga acara sebegini dan semangat kerja berpasukan dalam komuniti ini dapat terus dikekalkan dimasa yang akan datang.
’Kita Kekalkan Prestasi Terbaik Komuniti 910’
Ingatan Tulus Ikhlas dari ,
Pengerusi & AJK
KOMUNITI 910 DESA MELOR, SERENDAH.
Thursday, September 3, 2009
Salam Ramadhan pada semua ahli Komuniti 910 Desa Melor, Serendah
Pada 29 Ogos 2009 yang lalu bersamaan 8 Ramadhan 1430 yang lalu saya mengambil kesempatan yang ada memohon jasa baik YB Amirudin Shari (gambar) Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves yang datang merasmikan majlis penyampaian sumbangan kepada penduduk sekitar Serendah untuk melihat keadaan dan memohon menanyakan status terkini pembaikan pergerakan tanah cerun di Jalan 10 Desa Melor. Beliau berjanji akan menanyakan statusnya ke pengetahuan pejabat SUK di Shah Alam. Terima kasih Yb kerana sudi mendengar rintihan kami...dan kepada penduduk Komuniti 910 ....ini yang termampu saya kemaskini keadaan semasa di cerun tersebut.
Monday, August 3, 2009
SEMBURAN AEDES
Terima kasih kepada semua penduduk yang memberikan kerjasama…dan kepada jabatan Kesihatan yang berkenaan terima kasih atas bantuan dan perhatian yang diberikan kepada kami…
Thursday, July 30, 2009

Khamis, 30 Julai 2009 7 Syaaban 1430
Ibu bapa dinasihat bawa anak pulang
"Perkara ini mendapat perhatian semua Naib Canselor dan Rektor pada mesyuarat itu kerana sudah ada beberapa kampus universiti yang berdepan masalah ini," katanya dalam kenyataan, semalam. Sementara itu, lapan IPT, sebuah kampus pengajian, dua Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan lima sekolah ditutup semalam dan kelmarin selepas beberapa pelajar dikesan dijangkiti H1N1. IPT terbabit adalah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak; Kolej Yayasan Profesional Mara (KYM) Pahang di Kuantan dan enam di Johor, Institut Kemahiran Mara (IKM) Larkin (Johor Bahru); Institut Latihan Perindustrian (ILP) Mersing (Mersing); ILP Ledang (Muar); ILP Pasir Gudang (Johor Bahru), Kolej Radiography (Johor Bahru) serta Politeknik Johor Bahru di Pasir Gudang.
Kampus pengajian yang ditutup adalah kampus kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) di Nibong Tebal, Pulau Pinang manakala PLKN terbabit adalah kem Sekakap, Mersing, Johor dan kem Rachado Bay, Port Dickson, Negeri Sembilan. Sekolah yang ditutup, Sekolah Menengah Kebangsaan Jit Sin (A) di Bukit Mertajam, Pulau Pinang; Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Batang Padang, Bidor, Perak; Sekolah Menengah Sains Dungun, Terengganu, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Johor Bahru di Taman Johor Jaya, Johor dan Sekolah Kebangsaan Serendah, Hulu Selangor, Selangor.
Selain itu, beberapa sekolah, institusi pendidikan, latihan dan PLKN dikuarantin berikutan penularan wabak itu. Sekolah terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Putera dan SK Petaseh di Jelebu; Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Gemas; Sekolah Menengah Teknik Seremban dan Politeknik Port Dickson, di Negeri Sembilan manakala PLKN terbabit, di Port Dickson dan Kuala Pilah serta Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Rembau, Negeri Sembilan.
Sebuah lagi kolej pengajian yang dikuarantin adalah Kolej Tun Syed Nasir, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kuala Lumpur.
Monday, July 20, 2009

Pendekatan jangka pendek telah diambil selepas 7 bulan berlalu dari tempoh bermulanya episod pergerakan tanah cerun ini …agak-agaknya bilalah nak dimulakan kerja-kerja seterusnya…ini adalah persoalan yang selalu saya tepiskan dengan cara berhemah demi kepentingan bersama…renung-renungkan lah dan tempatkan anda ditempat kami walau satu malam cuma…dan rasakan keresahannya..amin